Wednesday, June 17, 2009

Pemberontak Nigeria dakwa musnah paip minyak Shell

LAGOS: Kumpulan militan Nigeria semalam mendakwa memusnahkan paip utama minyak mentah milik Royal Dutch Shell sebagai sebahagian tindakan mereka menentang syarikat minyak asing di negara itu.

Dalam satu kenyataan kumpulan itu menyebut mereka berjaya memusnahkan paip utama itu di negeri Bayelsa sebagai kempen menentang pemilikan asing terhadap sumber minyak Nigeria.

Paip itu menyalurkan minyak mentah kepada terminal eksport Shell Forcados.

Awal semalam, syarikat itu terpaksa menangguhkan operasinya dua bulan lagi berikutan kerja membaiki satu lagi paip utama menghadapi kelewatan.

Puak penentang itu sebelum ini melancarkan beberapa siri serangan terhadap kemudahan memproses minyak mentah milik syarikat antarabangsa termasuk Amerika Syarikat di selatan Nigeria.

Mereka mendakwa kehadiran syarikat minyak asing itu menyebabkan sumber kekayaan negara tidak membantu rakyat yang mengalami kesulitan.

Pengeluaran minyak mentah Nigeria kini hanya 1.8 juta tong sehari, menurut laporan terbaru Agensi Tenaga Antarabangsa berbanding 2.6 juta tong sehari pada 2006. - AFP

No comments:

Post a Comment

Join Freelance Telecom EGroups

To Join Freelance Telecom Groups, please send a blank mail (no subject) to freelancer_telecoms-subscribe@yahoogroups.com