Ketua Eksekutifnya, Michael Lai, berkata guna pakai jalur lebar WiMAX amat penting bagi mencapai kadar penembusan sehingga 50 peratus isi rumah di negara ini menjelang akhir tahun depan.
"Sebagai penyedia perkhidmatan, kami bertanggungjawab dan memainkan peranan penting bagi merealisasikan atau mencapai matlamat itu."
"Dengan semangat 1Malaysia dan wawasan P1 untuk mendapatkan seberapa ramai pelanggan WiMAX, P1W1MAX akan melebarkan sayapnya ke Sabah dan Sarawak serentak pada suku tahun pertama 2010," katanya.
Menurut Micheal, bandar utama seperti Kuching, Miri, Bintulu, Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau adalah yang pertama bakal menikmati perkhidmatan jalur lebar P1W1MAX seawal tahun depan.
"Pantai timur adalah pasaran penting bagi P1 dan kami berjanji memenuhi keperluan jalur lebar berkualiti. Kadar penembusan sedia ada ialah 13.6 peratus di Sarawak dan 9.5 peratus di Sabah pada akhir 2008."
"Ia masih terlalu rendah. Oleh itu, pasarannya mesti diutamakan bukan sekadar ke atas penyediaan jalur lebar tanpa wayar berkualiti, malah menyumbang peningkatan ekonomi terutama di kalangan komuniti perniagaan kecil dan sederhana (PKS) serta industri pelancongan di kedua-dua negeri itu," katanya.