Tuesday, July 28, 2009

Tiga pemegang lesen WiMAX belum capai standard dijanjikan: Joseph

PETALING JAYA: Tiga daripada empat pemegang lesen WiMAX (Gelombang Mikro yang boleh saling dikendali ke seluruh dunia) masih belum mencapai standard yang dijanjikan mengikut model perniagaan yang dibentangkan dulu, kata Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang.

Setakat ini, hanya satu syarikat saja yang sudah menunjukkan prestasi yang memuaskan, katanya selepas melancarkan produk terbaru REDtone International Bhd dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas prestasi syarikat pemegang lesen WiMAX dalam menyediakan perkhidmatan jalur lebar sejak menerima lesen itu pada 2007.
Kita tidak pasti sama ada infrastruktur mereka masih berjalan atau masih lagi dalam perancangan. Ada dua pemberi perkhidmatan masih belum memulakan perkhidmatan sepenuhnya, masih jauh daripada pelan perniagaan yang mereka sediakan untuk mendapatkan lesen dulu," katanya tanpa menyebut nama syarikat yang terbabit.

Kerajaan sudah memberikan lesen WiMAX setiap satu kepada Green Packet, REDtone International, YTL e-Solutions dan Asiaspace Dotcom.

Sehubungan itu, kementerian sudah mengarahkan supaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya memantau perkembangan pembekal perkhidmatan tersebut, katanya.

"SKMM sudah diarahkan supaya mengikuti perkembangan yang dicapai dan sekiranya didapati tidak memuaskan, maka SKMM harus menegur dan menasihatkan mereka.

"Kalau mereka tidak mahu menjalankan perniagaan tersebut, mungkin ada pihak lain yang hendakkan lesen dan spektrum yang sudah diagihkan kepada mereka," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Join Freelance Telecom EGroups

To Join Freelance Telecom Groups, please send a blank mail (no subject) to freelancer_telecoms-subscribe@yahoogroups.com